Informasi
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
BAWAL EXCLUSIVE adalah kedai menjual kain tudung yang lain dari yang pernah anda temui sebelum ini, kerana di sini kami menggunakan kain voil (bawal) yang bermutu tinggi didatangkan khas dari Jepun. Pilihan barangan bermutu adalah keutamaan kami untuk anda. Koleksi kain tudung bawal kami ada lebih dari 100 warna utama yang sedia ada untuk disesuaikan dengan warna baju anda. Setiap bulan warna kami silih berganti. Pasti anda tidak akan kecewa dengan pilihan warna untuk disesuaikan dengan pakaian anda.
Corak pada tudung bawal kami juga menampilkan yang lain dari yang lain. Tudung bawal sulam kami ada berbagai jenis sulam goyang mahupun sulam antik adalah rekaan kami sendiri. Jualan paling laris adalah tudung bawal sulam bertahtah batu kristal Swarovski. Selain dari itu kami juga ada menjual tudung bawal tanpa sulam tetapi mewah dengan kilauan batu kristal Swarovski berbagai warna. Oleh itu untuk mendapatkan tudung bawal yang asli dan exclusive datanglah ke permis perniagaan kami yang beroperasi dari jam 10 pagi hingga 7 malam, tujuh hari seminggu.
Tulus ikhlas dari,
Bawal Exclusive
Misi dan Visi Kami
-
Untuk mengubah Bawal Exclusive menjadi lebih bertenaga, berdaya saing, berdaya tahan dan diintegrasikan sepenuhnya ke dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan.
-
Untuk merealisasikan seni budaya sebagai satu pendekatan, penghebahan ilmu dan menjadi pusat kecemerlangan berteraskan Islam.
-
Untuk menjadi Bawal Exclusive sebagai peneraju utama dalam membangunkan IKS yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan peningkatan daya-saing Malaysia.
Objektif Kami
-
Menjadikan tudung bawal sebagai tudung nasional.
-
Membuat, membekal dan mengedar tudung bawal ke seluruh dunia.
-
Memperkenalkan tudung berjenama Bawal Exclusive di pasaran antarabangsa.
-
Menjadi sumber dan mengekalkan khazanah seni budaya.
Label Bawal

“Label pada setiap tudung keluaran BAWAL EXCLUSIVE. Dengan lebel ini anda mendapat jaminan mutu sepanjang hayat.”



